Friday 30 September 2011

POSTING GURU 2012 : MEDSI dan Temuduga akan dimansuhkan ?

Isu POSTING semakin hari, semakin mendapat perhatian dari masa ke semasa. Namun ada juga semakin muak dengan tindakan KPM yang mengabaikan nasib Graduan ISMP IPTA dan IPTS.

Namun pembukaan jawatan Guru MARA  sudah di buka seolah olah memberi harapan kepada Graduan ISMP termasuklah dengan graduan tajaan KPM yang sudah putus harapan dengan KPM.


Pada masa yang sama, kemungkinan besar POSTING Guru 2012 akan mengalami sedikit perubahan dari segi prosedur penempatan berbanding biasa. Kalau kaedah asal, graduan perlu isi borang, buat ujian MEDSI (xperlu bagi ada tajaan KPM) serta temuduga dan akhir sekali dapat penempatan. Cara yang baru yang sedang berkumandang ialah penghapusan kaedah Ujian MEDSI dan Temuduga bagi graduan yang masuk pada tahun 2007 dan ke atas. Dalam bahasa mudah, ISI Borang kemudian dalam masa 2- 3 bulan POSTING. Namun harapan tetap harapan, kalau menjadi realiti maka tersenyumlah 7000 Graduan ISMP serta 20 000 mahasiswa ISMP seluruh Malaysia kerana keyakinan itu telah ada.

Cabaran pada masa akan datang, adakah penempatan kali ini akan fokus kepada Sabah dan Sarawak? Isu kedua, berapa lama KPM menyusun penempatan GST selepasa GSTT? Isu ke - 3 ialah bagi graduan ISMP yang sudah berkeluarga adakah mendapat PENGECUALIAN iaitu penempatan dalam Negeri atau Daerah yang sama?


Kalau mahu jawapannya.... Teruskan bersama saya.. Budak Comot.

Thursday 29 September 2011

PERPISAHAN ini Sungguh Bermakna

Hari konvokesyen hari Selasa lalu betul-betul memberikan seribu kebahagiaan kepada diriku, namun hari itu juga merupakan hari terakhir yang ku rasa akan bertemu dengan semua rakan-rakan seperjuanganku semasa berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah.



Namun sahabatku yang juga rakan seperjuangan di bumi UKM, di bawah satu Fakulti Pendidikan. Terima kasih ku ucapkan untuk KENANGAN selama 4 Tahun ini. Maafkanlah daku, hamba yang senantiasa berdosa kepada KALIAN. Halalkanlah yang mana mampu kalian HALALKAN. Ade rezki JODOH, kita akan ketemu  lagi. InsyaALLAH.

* Ditujukan khas kepada rakan2 Program Pendidikan  KHAS dan semua PROGRAM LAIN sesi 2007-2011.

Rahman Comot

PERJUANGAN : Mudahkan Di Sebut

Heningnya malam ini.. 
Apa maknanya PERJUANGAN ITU? 
Apakah seindah sebutannya?

Mari sama-sama hayati PERJUANGAN itu.



Kesimpulan:

Mudah menyebut dari di sambut..

Wednesday 28 September 2011

POSTING GURU 2015 ?


Setelah kepenatan menghantar jubah konvo terbaca satu artikel yang amat menarik iaitu UMUR PERSARAAN KAKITANGAN AWAM DIJANGKA NAIK 60 TAHUN ; Terpinga- pinga seketika.

Daripada artikel di atas den rumuskan;

1. POSTING GRaduan ISMP dijangkakan  akan mengalami pembekuan yang panjang, disamping pengambilan 13 000 GSTT dan Penempatan KPLI sudah dibuka serta pembukaan KPLI J-QAF. Mungkin borang POSTING akan dibuka dalam 2015, siapa tahu. Malaysia Boleh.

2. Kerajaan mahu menarik hati KAKITANGAN KERAJAAN yang kebanyakan cenderung untuk UNDI PROTES seperti mana yang berlaku di PUTRAJAYA, SELANGOR dan KUALA LUMPUR serta PERAK.

3. Kerajaan BN mahu di anggap sebagai HERO RAKYAT selepas kejayaan perhimpunan BERSIH 2.0

4. Sebagai satu cara untuk membuatkan MTUC tidak membuat PROTES.

5. Salah satu cara kerajaan BN mahu menutup KES PEMBEKUAN JAWATAN yang hangat dipertikaikan  contohnya JAWATAN GURU GST.

6. Petanda GONG Pilhanraya UMUM 13 (PRU 13) sudah dipalu. Kami anak muda hanya MELOPONG menunggu FREEZ become MELT.



Sunday 25 September 2011

JAWAPAN Muhyiddin berkenaan isu POSTING ISMP ...

 Jam 7.30 pagi....
Anuar: Man, Muhyiddin datang kat UKM nie.. Ade mane?
Man: Den ado kat umah, tak tido lagi ni satu malam..
Anuar: Tolong datang UKM, Man..
Man : Nanti den datang....
Man : Adesss, tak tido lagi ni... mata dah nek stim dah nie... Xpelah demi kawan2 semua.... (monolog)

Jam 12;00 pm

TPM telah habis menyampaikan ucapan yang sejam lebih di Dewan KTAMS, UKM, Bangi... Sesi QA berlangsung...

Soalan pertama:
Nama saya ARU, Pelajar Master Pendidikan, merangkap Graduan ISMP, Merangkap wakil 7000 graduan ISMP IPTA ingin menanyakan
Bilakah POSTING Graduan ISMP akan dibuka dan berapa ramai yang akan di ambil... (den lah nanyer)

Jawapan TPM:
Posting akan dibuka setelah penempatan  13 000 GSTT selesai.. Kita akan tengok kekosongan yang ade selepas selesai semua penempatan GSTT...

Pembekuan ini adalah untuk mengurangkan defisit Hutang Negara...

Kita akan cuba percepatkan......

Soalan kedua :Terpaksa dirahsiakan.


Soalan ke 3: (denlah bgi soklan)

Di sini saya mewakili 2000 org graduan ISMP tajaan KPM. Yang ade ikatan bon 5 thun...
1. bolehkah graduan ini melanjutkan pelajaran ke bidang master.
2. Bolehkah kami tukar opsyen pengajian.
3. Bolehkah kami pergi ke swasta.
4. Boleh kah kami menjadi PENSYARAH

Jawapan TPM:

1) Kami galakkan untuk kalian untuk sambung belajar, namun kena minta izin daripada KPM.
2) Tukar opsyen ni kami kena pertimbangkan..
3) Boleh saja, namun kena runding dgn KPM sama ada nak BAYAR BALIK Biasiswa atau macam mana..
4) Itu bagi tajaan KPM susah skit sebab nanti penempatan mereka kat mana2..

Saya akan percepatkan penempatan GST...

Kesimpulan....

BOrang POSTING mungkin tiada dalam masa terdekat... Sebab pembekuan jawatan dilanjutkan sampai bulan Disember 2011.....



20 000 Graduan + Mahasiswa ISMP IPTA bakal UNDI PROTES kepada KERAJAAN..

Dengor pon dah ganas kan.. namun itulah kemungkinan yang berlaku sekiranga kerajaan mengambil sikap acuh x acuh dengan penempatan untuk Graduan ISMP...

Lupa nak bagi tau yang den ade berbincang dengan Datuk Saifuddin Abdullah berbincang akan isu ni... Beliau berjanji akan lanjutkan dan merancang untuk sesi bersama dengan Tan Sri Muhyiddin. Serta pihak kami xmo berjumpa dengan kedua2 Timbalan Menteri KPM.. Surat dah diberi namun, reply x lagi.. Tu surat dari Ketua Biro Aduan MCA... kalau kita hantar surat agak2 dapat x...

Pada 23 Sept merupkan hari bersejarah, sebab pada hari tu ditakdirkan TPM datang ke UKM. memang kena. 3 soalan berkenaan posting diutarakan, namun dari hasil jawan TPM ialah saya minta percepatkan... dan Borang akan dibuka selepas penempatan 13 000 GSTT dan KPLI selesai.. kemudian barulah borang EGST dibuka...

Di sini den simpulkan bahawa tiada penempatan diumumkan.. pada masa yang sama Group MUKA BUKU, yang baru dibuka iaitu Gabungan Graduan ISMP Malaysia telah ditubuhkan.. Tidak sampai 6 jam, seramai 1500 telah join... Satu Perkembangan Positif..

Pasal undi protes Mahasiswa dan Graduan ISMP IPTA seramai 20 000 orang.... tu renung2kan...

Pak ARaB-1.02 am (gombak mari)

Sunday 18 September 2011

Jawatan KOsong Kerajaan September 2011 : PERBADANAN PUTRAJAYA


Penat pergi Karnival Kerjaya di PWTC dan Mid Valley Megamall masih lagi ku terasa.. Tengok2 dalam masa dua hari ni ramai jugak yang datang2 usha2 line.. huuhhu...

Hari ni xmo bagi panas line POSTING GST... Sebab den ternampak ade jawatan kosong kat Perbadanan Putrajaya, dari Gred 41 sampailah R1.. atau bahasa muda, bayak jawatan baru yang diperlukan..

KOrang xmo tengok ka... Kalau nak tengok tekan link ni...

Jawatan KOsong PERBADANAN PUTRAJAYA Sept 2011

Saturday 17 September 2011

Borang Posting E-GST di buka dalam bulan OKTOBER 2011!! YAhooooo


Keluhan demi keluhan, graduan Fakulti Pendidikan seluruh IPTA sudah melahirkan keresahan ditahap paling kroni. Ada yang sampai nak pi turun laut nak jadi nelayan, ade yang nak jadi penoreh.. Ade yang lebih "frust" menyesal amik bidang PENDIDIKAN.... Antara keluhan-keluhan graduan Fakulti Pendidikan;

" Lebih baik amik bidang lain, kemudian amik GSTT. Leh gak mengajar."..

" Nyesal aku kawen, tapi xdpat posting lagi"

"Klu macam ni susah nye posting, lebih baik suh mak aku suh kawenkan aku."

Kalau nak tahu lebih lanjut lagi leh lah tengok kat Group " Keluhan Hati Graduan Pendidikan" . Macam-macam keluhan yang kalian boleh tengok bagaimana tekanan kelewatan posting ini menekan para graduan yang ade sebahagiannye ade yg berkahwen, kena tanggung keluarga, ade yang sudah beranak.. Siapa yang nak bantu mereka.. Di harap Kementerian Pelajaran Malaysia alert akan ni..

Jap2x... Dengornya ade bahagian atasan iaitu pentadbiran KPM tengah memantau Group FB ni.. Hati2x.. Sampai admin group ni terpaksa memberi peringatan berkali2 yang ahli2 sedang di pantau.. He5x.. Den ni alu2 kan sahaja.. biar KPM ni sedor akan kepayahan yang tergambar dan dizahirkan melalui penulisan...

Borang Posting E-GST di buka dalam bulan OKTOBER 2011!! YAhooooo.... Gembiranya hati penulis.. Harap kalian senantiasa memantau laman web rasmi KPM, benar atau tidak khabar-khabar angin ni.. Bersama-samalah kita berdoa..

 " Profesionalisme Pemangkin Integriti"..
 
  Pak aRab, 2011
  8.10 pm (Lokasi: Gombak Mari)..

Thursday 15 September 2011

Tips Pikat Gadis Idaman: Gunakan Ayat-Ayat Manismu

Dalam Marah Ade Sayang, Dalam Sayang Ade Benci, Dalam Benci Ade Rindu, Dalam Rindu Ade Cinta, Dalam Cinta Ade Kasih, Dalam Kasih Ade Tangisan, Dalam Tangisan Ade Hiba, Dalam Hiba Ade Kepiluan Dalam Kepiliuan Ade Kekosongan, Dalam Kekosongan Ade Penyeri, Dalam Penyeri Ade Kepuasan, Dalam Kepuasan Ade Keindahan, Dalam Keindahan Itu Adalah Satu Kurniaan... (Rahman Comot, 2011)

Borang Posting Guru E-GST di buka bulan DIsember.. Yeaah..

  Apabila dengar post lepas nampak syok lak kan.. Ialah mana tak nye, dah 9 bulan den nak isi borang posting x buka2 gara2 pembekuan jawatan. Kalian semua boleh rujuk dalam post-post yang lepas lah.. Kat UKM je bape ramai "saing2" yg dah kawen, nak beranak n jaga anak menjadi resah dek kerana kelewatan posting nie.. Termasuklah den.. Mana taknye, den dah mintak tolong sama Datuk Micheal Chong, Ketua Biro Pengaduan MCA waktu bulan pose lagi, tapi sampai sekarang x dapat2 lagi maklum bals daripada Datuk Dr, Wee Ka Siong ak.a Timb . Menteri Pelajaran Malaysia 1...

  Dalam proses menunggu lak, KPM kate jawatan dibekukan sampai bulan 9.. Tapi den baru je lepas amik exam PTD Julai lepas, yang patut diumumkan pada 18 Ogos, namun ditunda kepada 23 Sept ni... Malang2 nasib kami.. nak keje lain xdapat, nak mintak keje bank kompom dah kn reject, nak keje floor Engineer (nama populer clener di London), malu.. hahahahha...\

 Tup. tup.. tup.. dapat satu berita.. den bukak group kawan2 yg duk perjuangkan pasal posting ni di FB a.ka MUKABUKU antaranya Graduan Fakulti Pendidikan (http://www.facebook.com/groups/140465859348917/ )  dan Keluhan Hati Graduan Pendidikan ( http://www.facebook.com/pages/Keluhan-Hati-Graduan-Pendidikan/164585130290763) yang ahlinya terdiri daripada semua graduan Pendidikan IPTA seluruh Malaysia... jap3x.. tertinggal satu benda... tiba2 terbaca satu komen yg agak baek gak dipost ...


Td saye kol JPA...tny pasal isu pembekuan pengambilan guru...org JPA cakap pembekuan dilanjutkan ag 3 bulan dalam semua pengambilan kakitangan kerajaan termsuklah guru...sedihnyer....pas kol JPA terus saye nangis...beratnyer dugaan...cik Merpati Putih..tolong sayeeeee.. (diambil dari group yg pertama)..

adehhhh... agaknye memng betoi borang akan dibuka bulan Disember 2011 dan posting dijangka dalam Jun/Julai 2012... dah setahun setengah menganggur..  Kepada kawan2 lain.. inilah naseb kite..
 

Posting Guru GST 2011: Respon Pegawai KPM kepada Graduan Pendidikan UKM..





“SATU MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
 
Tuan/Puan,
 
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada pertanyaan  Puan/Cik Elizabeth Elain, bertarikh 09hb September, 2011 berkaitan dengan Permohonan e-GST dan Pembekuan Pengambilan Penjawat Awam.
 
Untuk makluman, bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam hendaklah memohon sebagai Guru Sandaran Terlatih melalui aplikasi atas talian (e-GST) di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu http://www.moe.gov.my/.
 
Permohonan temuduga Guru Sandaran Terlatih melalui aplikasi e-GST telah dibuka di laman sesawang KPM pada 20hb Disember 2010 dan telah ditutup pada 15hb Januari 2011 yang lalu. Namun begitu, tiada tarikh yang telah ditetapkan bilakah permohonan temuduga Guru Sandaran Terlatih (e-GST) bagi sesi seterusnya akan dibuka.
 
Panggilan temuduga akan dibuka 4 kali setahun iaitu Februari, April, Julai, dan Oktober. Walaubagaimanapun, permohonan e-GST dan juga panggilan temuduga akan dibuka sekiranya terdapat keperluan pekhidmatan dan kekosongan opsyen pengajaran.
 
Bagi calon lepasan IPTA, calon perlu melalui Temuduga dan Ujian INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan) sebelum dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST). Temuduga tersebut adalah bertujuan memastikan guru-guru yang dilantik memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Bakal guru yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terlalu rendah berkemungkinan tidak akan dilantik. Manakala, bagi calon di bawah tajaan KPM dan memperolehi PNGK 2.75 ke atas, mereka dikehendaki menduduki Ujian INSAK sahaja kerana ujian temuduga akan dikecualikan. Jika Ujian INSAK tersebut gagal maka keseluruhan sesi Temuduga Pengambilan GST adalah tidak berjaya. Ujian Insak dan Temuduga merupakan satu komponen yang sama di mana, jika salah satu daripadanya gagal maka keseluruhan Temuduga Pengambilan GST adalah tidak berjaya dan disarankan untuk mengemukakan permohonan baru.
 
Oleh yang demikian, adalah disarankan kepada calon untuk membuat semakan di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia dari semasa ke semasa bagi mendapatkan sebarang pemberitahuan dan maklumat terkini berkaitan dengan permohonan temuduga Guru Sandaran Terlatih melalui aplikasi e-GST dan panggilan temuduga tersebut.
 
Berikut adalah syarat-syarat asas bagi permohonan e-GST :-
 
    1.   Kewarganegaraan - Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
 
    2.   Umur - Pemohon mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun semasa pada tarikh tutup iklan dan kurang daripada 50 tahun pada tarikh permohonan.
 
    3.   Kelayakan :-
              i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau 
              ii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; dan 
              iii. Mendapat kepujian Bahasa Melayu/Malaysia (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 
 
    4. Calon yang telah disahkan Senat Universiti telah tamat pengajian dan layak dianugerahkan Ijazah/Diploma berkenaan juga layak memohon.
 
Panggilan temuduga Guru Sandaran Terlatih (GST) akan dikeluarkan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan e-GST dilakukan. Sekiranya tiada maklumbalas diterima dalam tempoh tersebut, permohonan tersebut dianggap gagal dan disarankan untuk membuat permohonan baru.
 
Untuk pengetahuan puan, urusan pemberian penempatan adalah berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan, opsyen pengajaran dan kekosongan tempat disesebuah kawasan. Keputusan penempatan Guru Sandaran Terlatih akan dikeluarkan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh temuduga dijalankan. Sekiranya tiada maklumbalas diterima dalam tempoh tersebut, permohonan tersebut dianggap tidak berjaya dan disarankan juga untuk membuat permohonan baru. Calon yang berjaya ditawarkan penempatan kelak akan dimaklumkan berkenaan dengan tarikh melapor diri di penempatan masing-masing.
 
Walaubagaimanapun, tiada tarikh yang ditetapkan bagi panggilan temuduga dan juga pemberian penempatan bagi Guru Sandaran Terlatih (GST). Oleh itu calon-calon disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa dilaman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia melalui capaian http://www.moe.gov.my/bagi mendapatkan sebarang pemberitahuan dan makluman terkini berkaitan dengan perkara tersebut.
 
Untuk makluman, berdasarkan Surat Siaran bertarikh 20hb Mei 2011 yang bertajuk Pembekuan Pengambilan / Pengisian Jawatan dan Pemansuhan Jawatan Kosong Di Semua Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), memaklumkan bahawa, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 6hb Mei 2011, telah bersetuju supaya semua jawatan kosong dimansuhkan berkuatkuasa pada 1hb Jun 2011.
 
Untuk makluman juga, urusan pembekuan pengambilan baru ini berkuatkuasa mulai tarikh surat siaran ini dikeluarkan sehingga 31hb Ogos 2011.

Namun begitu, jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat dan jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh Pihak Berkuasa Melantik adalah dikecualikan. Keputusan ini adalah selaras dengan Kerajaan untuk merasionalisasi dan mewujudkan Perkhidmatan Awam yang kejat (Lean Civil Service).

Oleh yang demikian, calon-calon / pemohon disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa di laman sesawang JPA (http://www.jpa.gov.my), KPM (http://www.moe.gov.my), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di http://www.spp.gov.my dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dihttp://www.spa.gov.my, selepas pada tarikh 31hb Ogos 2011 bagi sebarang pengumuman berkenaan dengan kekosongan jawatan sektor kerajaan.

Dilampirkan bersama Surat Siaran bertarikh 20hb Mei 2011 yang bertajuk Pembekuan Pengambilan / Pengisian Jawatan dan Pemansuhan Jawatan Kosong Di Semua Kementerian Dan Lain-Lain Badan Kerajaan untuk rujukan puan.
 
Diharap maklumat/jawapan yang diberi dapat membantu  Puan/Cik Elizabeth.
 
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi, Khidmat Pelanggan KPM (KPKPM)  di talian 03-77237070 dengan memaklumkan nombor rujukan puan seperti di atas.

Terima kasih kerana berurusan dengan KPKPM.
 
Sekian.
 
“SEDIA BANTU”
 
Yang benar,
 
NOR MUSLIHA BINTI ATAN
Eksekutif Khidmat Pelanggan
Bahagian Khidmat Pelanggan
Kementerian Pelajaran Malaysia


* Daripada maklumbalas ini, x menzahirkan bila dan jumlah posting yang akan dikeluarkan.. Bersama-sama kita fikirkan..