Monday, 21 November 2011

Dilema Graduan ISMP : Satu HAK yang di rampas.

Keluhan demi keluhan. Sudah pelbagai kaedah serta cara telah dilakukan untuk mendapatkan kebenaran penempatan graduan ke sekolah. Bermula dengan isu GSTT, kemudian dengan isu pembekuan jawatan kerajaan yang kononnya mahu mengurangkan defisit Belanjawan negara seterusnya di teruskan lagi dengan penempatan KPLI yang di dominasi oleh graduan luar negara yang tiada pekerjaan.. Oh TS Muhyiddin, sejauh manakah kebenaran kata-kata mu..

Masa berganti masa, hari-hari masih berlalu, sudah hampir keseluruhan IPTA/s sudah menjalankan konvokesyennya. Namun, dilema demi dilema, keluhan demi keluhan, usaha demi usaha, akhirnya GGIM muncul dengan membawa harapan baru untuk bakal-bakal guru baru yang sinonim dengan Graduan ISMP. Rentetan demi rentetan, gerakan bermula dari surat pembaca di Malaysiakini berkenaan dengan isu penempatan guru, kemudian terhasilnya Keluhan Graduan Pendidikan yang menzahirkan akan keresahan dan kebimbangan Graduan ISMP.

Namun, keluhan hanyalah keluhan. Perjumpaan saya dengan TPM a.k.a Menteri Pelajaran sewaktu kehadiran beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia semasa lawatan pertama ke semua IPTA-IPTA. Beliau telah dilontarkan pelbagai soalan dan ada 3 soalan menyentuh akan isu penempatan guru. Walaubagaimanapun tiada kata putus yang dikeluarkan oleh TPM.

Isu penempatan guru ini kemudian saya lanjutkan kepada Datuk Saifuddin dengan harapan boleh membantu. Namun harapan hanya tinggal harapan, pertemuan yang bakal diadakan diantara pihak GGIM dengan TPM di gantikan dengan pertemuan dengan KPPM (Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia) dengan barisan pegawai beliau yang dihujungnya digambarkan positif tetapi masih lagi menjadi tanda tanya?

Sebulan telah berlalu, pelbagai usaha telah dilakukan, wang semakin banyak digunakan. Kami (GGIM) pergi ke Media Prima iaitu TV3 dengan mencuba nasib untuk membawa isu ini ke dalam isu perdana (Buletin Utama). Perjumpaan dengan seorang wartawan bernama Pn. Salina telah membawa erti yang murni dengan kematangan dan keikhlasan beliau membawa isu ke peringkat atasan dengan berusaha untuk membawa isu ini ke pihak umum. Malangnya 4 kali isu ini cuba dimasukkan ke dalam line up Buletin Utama, tetapi ada arahan dikeluarkan untuk story board  ini di tarik balik. Walaubagaimanapun, isu ini terlepas atau nak test isu ini dalam Berita Tv9 pada jam 12 tengah hari. Walaupun agak hampa, namun ada juga terlepas. bolehlah.

 Walaupun Media Prima menghalang isu ini di bawa ke TV3, pihak GGIM berusaha untuk menjadikan isu ini sebagai isu Nasional sehinggakan munculnya idea baru iaitu kewujudan GMPM (Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan) selepas mesyuarat Pra Konvensyen MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) Pendidikan IPTA yang berlangsung di UKM yang bertindak membawakan isu-isu ini diperingkat dalam kampus.

Rentetan perjuangan ini tidak terhenti di situ sahaja, Rapat Umum yang dijalankan oleh barisan front UPSI pada awal bulan Oktober telah memberikan impak yang besar di mana telah berjaya mengumpulkan 5000 tanda tangan mahasiswa UPSI dan berjaya menarik bilangan yang hadir sebanyak 1000 orang sehingga mendapat liputan Media seperti Utusan Malaysia, Sinar Harian, Kosmo dan beberapa media lain seperti Tranungkite, Harakah,  dan Malaysiakini.
Boleh merujuk video di bawah ini.



Disebabkan liputan media yang meluas akan isu ini, baik media kerajaan dan media pembangkang telah membuka mata masyarakat. Namun ada juga terdapat kritikan-kritikan yang digambarkan sebagai asam garam perjuangan. Liputan media yang bertali arus, telah menarik minat masyarakat dan pemimpin-pemimpin. Diantaranya ialah datangnya dari pemimpin PEMBANGKANG. Namun, dimanakah pemimpin-pemimpin KERAJAAN selain Datuk Saifuddin. Satu persoalan kepada kepimpinan DS Najib Razak.

Tekanan demi tekanan, luahan demi luahan, usaha demi usaha telah dilakukan sehingga melahirkan satu Gerakan baru di UPSI yang dipeloporui oleh front2  UPSI yang diberikan nama sebagai Gerakan Bersatu Mahasiswa (GBM). GBM telah mengadakan satu pertemuan dengan Wee Ka Siong di Parlimen. Namun beliau tidak memberikan kata putus yang memberi jaminan akan penempatan akan dilakukan.

Terkilan dengan respon yang diterima oleh kerajaan disamping dengan kenyataan TS Muhyiddin di Buletin Utama yang digambarkan memperlekehkan kredibiliti dan maruah Graduan ISMP dengan menyatakan "Graduan ISMP yang bukan tajaan, tiada jaminan untuk anda. Carilah kerja lain dahulu.". Kenyaataan digambarkan agak berbaur diskriminasi HAK kepada graduan ISMP. Sudahlah HAK diambil orang, majikan SWASTA menolak graduan ISMP. Baek kerja eksekutif kepada sekolah swasta.

Kesedihan demi kesedihan yang diadukan kepada saya di dalam group facebook GGIM. Antaranya ialah "Saya pergi mintak kerja ke sekolah swasta. Tapi sewaktu temuduga, kami dituduh mahu mengambil peluang oprang lain dengan menggambarkan akan masuk sekolah". Antara yang lain ialah "kami mahu pekerja yang tetap", "kami tidak boleh bayar kamu seperti graduan lain", "kamu ni bakal guru, kenapa tidak beri peluang kepada orang lain.

Apakah makna semua ini? Saya selaku penggerak utama GGIM berasa agak terkilan. Apakah titik peluh kami selama 4 tahun tidak dipandang oleh kerajaan dan swasta? Sudahlah surat PTPTN datang, hutang demi hutang. Kerja pula tiada, kerajaan nak kami jadi BANKRAP ka atau saja nak buat kami merayu , melutut kepada kalian.

Harus di ingat wahai TS Muhyiddin, gerakan GGIM sudah mencapai kemuncaknya. Kerjasama dengan PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia)  dilihat sebagai medium membawa isu ini ke peringkat yang lebih jauh. Walaupun jumlah kami seramai 5000 lebih, namun kami ini adalah pengundi anda. Jika tiada penempatan, awas.. Undi PROTES akan berlaku, bukan hanya 5000 lebih undi sahaja. Namun ia boleh berubah kepada 200 000 undi protes. Sama ada kami protes atau kami boikot PRU13. Kami tidak mahu mengundi. Sama sahaja.


Mungkin kenyataan di atas ini agak liar dan panas. Namun saya dimaklumkan YB Salahuddin Ayub, orang yang tidak pernah GGIM jumpa. Namun telah membawa isu ini ke PARLIMEN. MEMALUKAN, saya pergi ke kerajaan, namun Pemimpin PEMBANGKANG yang lebih maju ke hadapan. Inikah motto yang dibangga-banggakan "Satu Malaysia:Rakyat di dahulukan, Pencapaian diutamakan"?? pandangan perspektif kami pula, "Kera dihutan disusukan, anak sendiri menangis kelaparan" .  Saya minta DS. Najib selaku Perdana Menteri alert akan masalah ini.

Sebagai penutup bicara, graduan ISMP ini sudah mencapai tahap hopeless kepada TS Muhyiddin. Adakah beliau mahu meningkatkan pengangguran yang semakin tinggi dalam golongan anak muda, khususnya graduan-graduan(Sumber : Kementerian Sumber manusia). ? Apakah beliau mahu, graduan ISMP yang bakal menjadi bakal guru terus dipandang enteng? GGIM akan memastikan yang semua graduan akan mendapatkan hak mereka disamping HAK mahasiswa ISMP akan diteruskan untuk mendapatkan jaminan penempatan. Nantikan rentetan daripada saya..



Rahman Comot a.k.a Raja Lalang





Wednesday, 5 October 2011

Kenyataan Rasmi GGIM


Bismillahirrahmanirrahim.

Saya Abdul Rahman Usman, selaku Penyelaras GGIM ingin memaklumkan kepada semua ahli, bahawa GGIM akan bergerak tanpa melibatkan ahli-ahli politik, serta akan bergerak mengikut saluran-saluran yang dianggap saling berkaitan dengan dengan profesion perguruan. 

Pihak GGIM menghalang mana-mana graduan ISMP untuk merujuk mana-mana ahli politik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, namun sekiranya ada individu yg berbuat demikian pihak GGIM tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang tindakan terbabit

Pihak GGIM juga tidak akan menghalang mana-mana graduan ISMP untuk membuat sebarang kenyataan media, namun GGIM tidak akan bertanggungjawab atas tindakan terbabit. Kecuali kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa KHAS dan ke atas, sekiranya mendapat kebenaran daripada Penyelaras dan Jawatankuasa Khas.

Sehubungan daripada itu, GGIM mengalu-alukan sebarang cadangan, teguran serta komen membina daripada ahli-ahli GGIM. 

Sekian,

"Profesionalisme Pemangkin Integriti"

ABDUL RAHMAN USMAN
PENYELARAS 
GABUNGAN GRADUAN ISMP MALAYSIA (GGIM)

sk:GGIM


Friday, 30 September 2011

POSTING GURU 2012 : MEDSI dan Temuduga akan dimansuhkan ?

Isu POSTING semakin hari, semakin mendapat perhatian dari masa ke semasa. Namun ada juga semakin muak dengan tindakan KPM yang mengabaikan nasib Graduan ISMP IPTA dan IPTS.

Namun pembukaan jawatan Guru MARA  sudah di buka seolah olah memberi harapan kepada Graduan ISMP termasuklah dengan graduan tajaan KPM yang sudah putus harapan dengan KPM.


Pada masa yang sama, kemungkinan besar POSTING Guru 2012 akan mengalami sedikit perubahan dari segi prosedur penempatan berbanding biasa. Kalau kaedah asal, graduan perlu isi borang, buat ujian MEDSI (xperlu bagi ada tajaan KPM) serta temuduga dan akhir sekali dapat penempatan. Cara yang baru yang sedang berkumandang ialah penghapusan kaedah Ujian MEDSI dan Temuduga bagi graduan yang masuk pada tahun 2007 dan ke atas. Dalam bahasa mudah, ISI Borang kemudian dalam masa 2- 3 bulan POSTING. Namun harapan tetap harapan, kalau menjadi realiti maka tersenyumlah 7000 Graduan ISMP serta 20 000 mahasiswa ISMP seluruh Malaysia kerana keyakinan itu telah ada.

Cabaran pada masa akan datang, adakah penempatan kali ini akan fokus kepada Sabah dan Sarawak? Isu kedua, berapa lama KPM menyusun penempatan GST selepasa GSTT? Isu ke - 3 ialah bagi graduan ISMP yang sudah berkeluarga adakah mendapat PENGECUALIAN iaitu penempatan dalam Negeri atau Daerah yang sama?


Kalau mahu jawapannya.... Teruskan bersama saya.. Budak Comot.

Thursday, 29 September 2011

PERPISAHAN ini Sungguh Bermakna

Hari konvokesyen hari Selasa lalu betul-betul memberikan seribu kebahagiaan kepada diriku, namun hari itu juga merupakan hari terakhir yang ku rasa akan bertemu dengan semua rakan-rakan seperjuanganku semasa berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah.



Namun sahabatku yang juga rakan seperjuangan di bumi UKM, di bawah satu Fakulti Pendidikan. Terima kasih ku ucapkan untuk KENANGAN selama 4 Tahun ini. Maafkanlah daku, hamba yang senantiasa berdosa kepada KALIAN. Halalkanlah yang mana mampu kalian HALALKAN. Ade rezki JODOH, kita akan ketemu  lagi. InsyaALLAH.

* Ditujukan khas kepada rakan2 Program Pendidikan  KHAS dan semua PROGRAM LAIN sesi 2007-2011.

Rahman Comot

PERJUANGAN : Mudahkan Di Sebut

Heningnya malam ini.. 
Apa maknanya PERJUANGAN ITU? 
Apakah seindah sebutannya?

Mari sama-sama hayati PERJUANGAN itu.



Kesimpulan:

Mudah menyebut dari di sambut..

Wednesday, 28 September 2011

POSTING GURU 2015 ?


Setelah kepenatan menghantar jubah konvo terbaca satu artikel yang amat menarik iaitu UMUR PERSARAAN KAKITANGAN AWAM DIJANGKA NAIK 60 TAHUN ; Terpinga- pinga seketika.

Daripada artikel di atas den rumuskan;

1. POSTING GRaduan ISMP dijangkakan  akan mengalami pembekuan yang panjang, disamping pengambilan 13 000 GSTT dan Penempatan KPLI sudah dibuka serta pembukaan KPLI J-QAF. Mungkin borang POSTING akan dibuka dalam 2015, siapa tahu. Malaysia Boleh.

2. Kerajaan mahu menarik hati KAKITANGAN KERAJAAN yang kebanyakan cenderung untuk UNDI PROTES seperti mana yang berlaku di PUTRAJAYA, SELANGOR dan KUALA LUMPUR serta PERAK.

3. Kerajaan BN mahu di anggap sebagai HERO RAKYAT selepas kejayaan perhimpunan BERSIH 2.0

4. Sebagai satu cara untuk membuatkan MTUC tidak membuat PROTES.

5. Salah satu cara kerajaan BN mahu menutup KES PEMBEKUAN JAWATAN yang hangat dipertikaikan  contohnya JAWATAN GURU GST.

6. Petanda GONG Pilhanraya UMUM 13 (PRU 13) sudah dipalu. Kami anak muda hanya MELOPONG menunggu FREEZ become MELT.



Sunday, 25 September 2011

JAWAPAN Muhyiddin berkenaan isu POSTING ISMP ...

 Jam 7.30 pagi....
Anuar: Man, Muhyiddin datang kat UKM nie.. Ade mane?
Man: Den ado kat umah, tak tido lagi ni satu malam..
Anuar: Tolong datang UKM, Man..
Man : Nanti den datang....
Man : Adesss, tak tido lagi ni... mata dah nek stim dah nie... Xpelah demi kawan2 semua.... (monolog)

Jam 12;00 pm

TPM telah habis menyampaikan ucapan yang sejam lebih di Dewan KTAMS, UKM, Bangi... Sesi QA berlangsung...

Soalan pertama:
Nama saya ARU, Pelajar Master Pendidikan, merangkap Graduan ISMP, Merangkap wakil 7000 graduan ISMP IPTA ingin menanyakan
Bilakah POSTING Graduan ISMP akan dibuka dan berapa ramai yang akan di ambil... (den lah nanyer)

Jawapan TPM:
Posting akan dibuka setelah penempatan  13 000 GSTT selesai.. Kita akan tengok kekosongan yang ade selepas selesai semua penempatan GSTT...

Pembekuan ini adalah untuk mengurangkan defisit Hutang Negara...

Kita akan cuba percepatkan......

Soalan kedua :Terpaksa dirahsiakan.


Soalan ke 3: (denlah bgi soklan)

Di sini saya mewakili 2000 org graduan ISMP tajaan KPM. Yang ade ikatan bon 5 thun...
1. bolehkah graduan ini melanjutkan pelajaran ke bidang master.
2. Bolehkah kami tukar opsyen pengajian.
3. Bolehkah kami pergi ke swasta.
4. Boleh kah kami menjadi PENSYARAH

Jawapan TPM:

1) Kami galakkan untuk kalian untuk sambung belajar, namun kena minta izin daripada KPM.
2) Tukar opsyen ni kami kena pertimbangkan..
3) Boleh saja, namun kena runding dgn KPM sama ada nak BAYAR BALIK Biasiswa atau macam mana..
4) Itu bagi tajaan KPM susah skit sebab nanti penempatan mereka kat mana2..

Saya akan percepatkan penempatan GST...

Kesimpulan....

BOrang POSTING mungkin tiada dalam masa terdekat... Sebab pembekuan jawatan dilanjutkan sampai bulan Disember 2011.....