Ingin ku kongsikan sebuah kisah yang berlaku ke atas seorang kawanku yang masih bergelar seorang mahasiswa. Terasa sebak dan sedih mendengar cerita beliau yang baru sahaja ku telefon sebentar tadi. Beliau ku gelarkan sebagai Z. Aku dimaklumkan oleh Z yang dia tidak dibenarkan mendaftar dan terpaksa menangguhkan pengajian di Fakulti Pendidikan , UKM kerana tidak membayar hutang pengajian.
Punca utama beliau tidak dapat membayar yuran pengajian kerana sudah bertukar kursus pada tahun ketiga pengajian. Pada masa yang sama, PTPTN beliau telah habis masa. aka dah kena potong. Beliau cuba merayu ke Unit Bendahari UKM. Namun malangnya, undang2 baru UKM tidak membenarkan pelajarnya yang mempunyai hutang untuk mendaftar. Hampa dan sedehh.. Hanya tinggal 3 unit sahaja lagi.
Memang benar hutangnya banyak dan mencecah lebih RM 3000. Kenapa tidak diizinkan beliau menamatkan pengajian dengan memberi kebenaran mendaftar 3 kursus terakhir. Lepas itu, saya yakin pasti beliau akan membayar hutang selapas tamat pengajian. Namun... Dasar orang miskin, siapalah nak dengar kan...
Untuk makluman pembaca, saya dimaklumkan oleh beliau. Beliau sedang menunggu keputusan menangguhkan pengajian dan mengambil keputusan bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di sebuah Institusi di sekitar Bangi dengan harapan melunaskan hutang beliau serta kembali mendaftar.
Satu perkara yang malang lagi, beliau tidak dapat memohon ZAKAT UKM kerana beliau tidak mendaftar.. Sudah jatuh, ditimpa kren... Dasar si Miskin tidak dapat pembelaan.. Kenapa begitu Zalim dunia ini.. Beliau membahagikan separuh Gajinya yang tidak seberapa demi membayar hutang secepat mungkin. Entah makan atau tidak kawan ku ini..
Jika UKM mengizinkan, sudah tentu cepat beliau menamatkan kursus dan cepat berpeluang untuk menjadi Guru. Apakah ini undang2 rimba.. Yang Kaya bantu.. Yang Kayap... terus merana..
Sedikit biodata beliau:
*Ayah beliau mempunyai penyakit kronik di kampung.
*Terpaksa bekerja part time sbg Pak Guard (sekuriti guard) selepas PTPTN dipotong. Salah satu pembaziran ekonomi.
* Terpaksa membahagikan gaji kepada 4
a; Keperluan Harian
b. Bayar Yuran Pengajian
c. Kirim wang ke kampung untuk tampung duit perubatan ayahnya,
d, Bayar sewa penginapan
Harapan saya..
Diharap pihak UKM tidak mendiskriminasi si Miskin dan membenarkan rakan saya menjadi seorang Guru dan bukannya sebagai seorang sekuriti.
*Dasar si Miskin... Mahu belajar tidak diizinkan..
Hampir bulan ketiga para Graduan ISMP 2011/2012 bergelar Guru Baharu di sekolah2 di seluruh Malaysia. Ini merupakan satu perkembangan yang baik dan positif kerana apa yang di cita-citakan selama ini menjadi kenyataan dan membuktikan GGIM bukanlah sebuah kumpulan penaja cap ayam. Alhamdulillah..
Namun dalam masa satu hingga dua bulan ini, pelbagai perkara dan ceritera yang baik dan ada yang menyedihkan hati. Pelbagai isu dan perkara yang dibangkitkan oleh guru-guru baharu ISMPian ini. Walaupun baru mendapat penempatan, sudah pelbagai isu telah dipanjangkan kepada pihak-pihak yang berkenaan sehingga sampai ke pihak pejabat TPM.
Selaku penyelaras GGIM, dalam masa dua bulan ini merupakan masa yang penting di mana saya memainkan dua peranan yang sangat penting iaitu sebagai Guru Baharu serta Penyelaras merangkap penasihat Jawatankuasa Bertindak Penempatan ISMP GGIM 2012/12.
Walaupun GGIM hanya sebuah kumpulan penaja, namun impak yang diberikan oleh GGIM ke atas KPM, KPT, TPM dan JPN serta lain-lain adalah sangat besar berbanding dengan NGO-NGO Guru yang GGIM nampak hanya memihak kepada Guru2 senior sahaja.
Walaupun NUTP dilihat sebagai paksi bagi guru-guru membuat rujukan, namun ia tidak kepada Guru-guru Baharu yang sering dianaktirikan di sekolah malah tidak dipandang oleh NUTP kerana mungkin kami ini masih mentah agaknya.
Bagi GGIM, guru baharu merupakan pelapis bagi guru lama yang mana peranannya mendidik dan menyampaikan ilmu yang bercorak baru dan up to date dan tidak harus di pandang enteng dan remeh. Tidak semestinya yang lama itu hebat dan yang baru itu tidak berkualiti.
Pada masa yang sama, saya mewakili GGIM ingin mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa bertindak GGIM 2012 di bawah naungan Saudara Rafie yang di lihat komited.
Akhir kalam, selamat menjalani ibdah puasa di bulan Ramadhan. Semoga POSTING akan ada untuk ISMPian..
Bismillahirrahmanirrahim.
Allahuma Solli A'la Saidina Muhammad
Laporan Penuh: (30 Jun 2012: NZ Garden , Jalan Ampang)
Kehadiran
Dari Pejabat TPM:
1. Dr Marzuki (Pegawai Khas TPM)
2. Datuk Ainon (S/U Media TPM)
Dari GGIM
Abdul Rahman Usman (Penyelaras GGIM)
Wan Ahmad Fathi (Timb. Penyelaras GGIM)
Samuel (Wakil Mantan MPP UPSI)
Isu:
1.Isu Guru yang berkeluarga di tempatkan jauh dari pasangan.
Jawapan:
Isu ini merupakan isu yg lama. Penempatan bergantung kepada kekosongan yang ada. Mendapat perhatian daripada Dr. Marzuki dan akan dipanjangkan.
2. Kelewatan Tawaran
Jawapan: Mendapat respon positif dan akan diambil berat.
3. Mengajar bukan opsyen.
Jawapan: Guru harus mengambil ini sebagai cabaran. Kemungkinan memang ada lebihan opsyen dalam sesebuah sekolah.
4. Menyediakan waran untuk Guru Baharu utk balik mengundi.
Jawapan: Tidak dapat disediakan.
5. Isu Penempatan Guru Baharu DG41
Jawapan: Perlu mengambil masa, kerana ISMPian baru ditempatkan. TPM telah mendengar rintihan ISMPian yang baru tamat pengajian. Pihak KPM dan TPM sedang berusaha mencari jalan TERBAIK utk selesaikan isu ini. Isu ini juga telah dibuat kertas kerja pada persidangan MPPK di PICC pada hari ini (2 Julai 2012). Penjawatan memang tiada buat masa ini oleh JPA.
ISMP IPTS tidak diberikan keutamaan untuk penempatan sbg Guru DG 41 kerana tiada MOU dengan IPTS.
Wakil Pejabat TPM meminta Graduan bersabar kerana penyelesaian ini memerlukan masa bagi menyelesaikan semua ini. Pada masa yang sama memaklumkan, penmpatan Graduan Maktab PISMP seramai 3000 orang perlu di ambil kira.
Salah satu punca tiada penempatan ialah lanjutan umur bersara wajib dari 55 tahun ke 58 tahun dan ke 60 tahun pada awal tahun 2012.
Respon GGIM: Perlu persidangan meja bulat di antara kementerian terlibat dan meminta satu WARAN tambahan untuk membuat penjawatan baru kepada JPA berdasarkan MOU KPM-KPT.
Mohon menyediakan satu penyelesaian sementara untuk menyelesaikan PENGANGGURAN Graduan ISMP seperti mewujudkan Jawatan Guru Interim atau Guru Ganti sekolah. Ini dilihat sebgai satu cara bagi Graduan mendapat pengalaman sebelum ditempatkan.
GGIM memohon agar wakil TPM memaklumkan yang Graduan ISMP ditolak mentah2 oleh sektor swasta walaupun meminta kerja di Kilang Proton, Kedai buku n etc.
GGIM secara tegas menyatakan, siapa yang mahu bertanggungjawab masalah ini?
GGIM dengan ini memaklumkan yang pihak GGIM tidak mampu mengawal semua ISMPian. Kebanyakan mereka dalam keadaan resah dan takut untuk ditempatkan.
GGIM ingin memaklumkan majoriti ISMPian adalah dalam kalangan keluarga yang sederhana (bawah) dan kebanyakan tinggal di kampung dan kebanyakan keluarga mereka berharap mereka akan mendapat pekerjaan untuk membantu keluarga.
6. Sewa Penginapan tinggi oleh Guru Baharu yang ditempatkan di Felda (Sabah)
Jawapan: Tindakan segera akan diambil.
7. Mempertimbangkan pertukaran sekolah utk guru bermasalah kesihatan dan keluarga.
Jawapan: Boleh memohon dan membuat rayuan kepada KPM.
8. Ratio 1 : Guru : 3 Kelas dan x ketahui 1 Kelas: Berapa Murid.
Jawapan: Ratio semasa ialah 1guru :5 murid dan 1guru :7murid
Respon GGIM: Mohon pertimbangkan masalah ini dan dipanjangkan.
Cadangan kepada TS Muhyiddin
1. Buat web forum KPM , sama seperti PTPTN
Jawapan: Respon Positif. akan dipanjangkan .
2. Isu Guru Kader
Jawapan: respon Positif dan akan dipanjangkan
3. Kursus PBS untuk Guru2 Baharu.
Jawapan: Sudah ada pada awal tahun 2012. Akan dipanjangkan dan respon positif.
4. Garis panduan untuk sistem Gaji Guru Baharu kepada KERANI (N17).
Jawapan: Sudah ada pekeliling. Respon Positif dan akan dipanjangkan.
5. Isu Gaji Interim
Jawapan: Respon positif dan akan dipanjangkan.
Lain2:
Surat sokongan 63 ISMPian kepada TPM sudah dipanjangkan.
Kesimpulan:
1. Pihak GGIM ingin memaklumkan agar pihak KPM dan Pejabat TPM tidak mudah melabel Guru Baharu dan Graduan ISMP sebagai pembangkang atas alasan mereka lantang menyuarakan pandangan dan mengkritik pemimpin secara terbuka. Kritikan ini merupakan kritikan membina dan menunjukkan yang Guru Baharu dan ISMPian sayang kepada NEGARA MALAYSIA serta dengan jelas nak menzahirkan diri yang kami ini RAKYAT MALAYSIA berhak untuk masa depan negara dan bangsa untuk menjadikan Negara Malaysia ini maju dan lebih matang dari segala aspek termasuklah untuk melahirkan MASYARAKAT kelas PERTAMA selaras dengan WAWASAN 2020 oleh Tun Dr Mahathir.
2. Pihak GGIM berharap akan ada satu BAJET KHAS untuk penempatan Guru baharu DG41 untuk Graduan ISMP dan PISMP tanpa sebarang DISKRIMINASI setiap kali Bajet negara yang di sediakan oleh Menteri Kewangan yang di pegang oleh YAB Perdana Menteri. Ini bagi mengelakkan masalah masalah pengangguran dalam kalangan Graduan Pendidikan di Bumi Malaysia yang kami SAYANGI.
"Profesionalisme Pemangkin Integriti"
Yang benar dan bertanggungjawab,
ABDUL RAHMAN USMAN
Penyelaras
Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM)
(2 Julai 2012 :3.52pm)
Setelah isu Gaji guru interim telah di forwardkan kepada Timb Menteri KPM, Dr Wee. Saya dapat gambarkan betapa panasnya JPN WPKL apabila Dr Wee telefon Pengarah JPNWPKL pada hari ISnin lepas.
Pada masa ini baru saya dapat lihat betapa cepatnya mereka buat kerja. Isu gaji merupakan perkara sensitif dan ia merupakan satu bentuk motivasi dalam meneruskan kerja dan kehidupan.
Pihak saya berharap agar isu ini tidak berulang pada masa yang akan datang.
Dengan
segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah membuat semakan dengan Jabatan
Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dimaklumkan bahawa Kew. 8 telah
disediakan . Gaji dan pelarasan 13% tuan akan dibuat pada Julai 2012.
3.
Perhatian dan kerjasama tuan di dalam hal ini adalah amat dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Mohammad Firdaus Norrzuan
Penolong
Setiausaha
Unit
Pemantauan dan Penilaian
Cawangan
Dasar dan Perancangan Sumber Manusia
Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian
Pelajaran Malaysia, Aras 13, Blok E12, Kompleks E,
Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, Malaysia
@GGIMalaysia saya dah dpt maklumbalas pegawai BPSM mengenai dakwaan gaji guru interim tidak dibayar. Dasar KPM ialah guru interim mesti dibayar gaji sebelum dilantik secara tetap sbg guru gred DG41. Mana-mana JPN atau PPD tak bayar, sila mengadu dgn KPM dan KPM pasti akan mengambil tindakan
A Tweet by @weekasiongmp 2012-06-25
* Benda ini tidak pernah berlaku secara nyata. Masih tidak mendapat gaji lagi..
Guru Interim merupakan guru yang dilantik dari bulan Jan -Mei
2012. Perlantikan Guru Interim digambarkan untuk memberi peluang kepada Graduan
ISMP IPTA yang baru konvokesyen sementara menanti Penempatan di buat oleh pihak
SPP dan KPM di seluruh Malaysia.
Namun pada masa yang sama,
setelah tamat berkhidmat, isu tunggakan gaji guru interim yang majoriti belum
mendapat tunggakan gaji April- Mei dan tunggakan 13%. Ada lebih menyedihkan ada
yang tidak mendapat gaji dari seawal bulan Februari sehingga Mei 2012 apatah
lagi tunggakan 13%.
Masalah ini bukan melibat
sebuah negeri sahaja, tetapi di WP KL, Selangor, Kedah, Perak, Johor, Sarawak,
Negeri Sembilan dan ada juga sebahagian di Sabah belum mendapat tunggakan 13%.
Adalah amat menyedihkan jika ada guru interim yang sudah di serap menjadi
Guru Tetap DG41 dan berkhidmat di luar wilayah tidak mempunyai sumber kewangan
yang kukuh dan bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan yang tinggi
khususnya di bandar-bandar dan kawasan pedalaman yang sudah pasti melibatkan
kos yg tinggi.
Sehubungan dengan itu,
pihak Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM) mengambil tanggungjawab ini untuk
mengetengahkan isu ini setelah menerima rintihan dan aduan ini
berterusan.
Alhamdulillah, perjuangan demi perjuangan telah membuahkan hasil. Pertemuan GGIM- Dr wee Ka SIong - KPM telah menunjukkan hasil yang membuahkan hasil yang menakjubkan.
Tepat tanggal 30 April 2012: Kenyataan Posting oleh TS Muhyiddin telah menzahirkan POSTING ISMPian sesi 2011/2012.
Tarikh 23 Mei 2012- merupakan sejarah yang sangat menakjubkan.. apabila diumumkan 4985 telah ditempatkan.
Penempatan GRaduan ISMP sudah pun keluar di dalam Berita Harian pada hari ini. Namun banyak persoalan yang bermain di dalam pemikiran Graduan2. Walaupun sudah bergelar graduan namun pengamatan dari segi pemahaman berita yang dikeluarkan adalah dilihat lemah.
Apa yang saya boleh senaraikan di sini ialah:
1- Graduan akan ditemuduga pada bulan Januari?
2- Graduan akan mula mendapat penempatan seawal2nya bulan Mac (kalau tiada masalah, InsyaAllah)
3- GSTT tiada jaminan penempatan, namun mereka diberikan JAMINAN untuk mendapatkan kelayakan (KPLI).
4- Jaminan yang dinyatakan di sini ialah JAMINAN Temuduga dan bukannya Jaminan Penempatan.
5- Isu PNGK tidak dizahirkan di dalam berita ini. Jadi janganlah kalian bersangka2 dan cuba mengeruhkan keadaan. Kalut..
6- Kekosongan adalah berdasarkan OPSYEN dan mengikut PERMINTAAN.
7- Graduan perlu ditemuduga (termasuklah saya, pemegang biasiswa KPM, PTPTN dan SDN BHD)
8 - PENEMPATAN mengikut negeri adalah dibawah KEHENDAK KERAJAAN ( nanti kalau dapat kat negeri yg kita x minat, atau berjauhan dari pasangan. KOrang sabarlah, duduk dalam SETAHUN kemudian mohonlah penukaran)
9- Yang tiada dalam BERITA. Negeri Kelantan ( sgt susah masuk bagi subjek selain Bahasa Inggeris , Bahasa Malaysia dan Sejarah) , namun bergantung pada kekosongan semasa. Negeri yang banyak permintaan guru ialah di Sarawak, Sabah dan Johor (Pandai2 lah buat pilihan).. huuhhu
10. 10hb Januari 2012 adalah tarikh di mana Tan Sri Muhyiddin Yassin (TPM mergkap Menteri Pelajaran akan buat pengumuman RASMI berkenaan PENEMPATAN).
11. Jangan kalutkan FIKIRAN, banyakkan ULANGKAJI.
Jangan kalut2.. Jangan Berdemonstrasi, Jangan Timbulkan Masalah.. Peace No War..
Penat sudah menulis berkenaan isu guru ni. Hampir lenguh menulis.
Penempatan aka POSTING graduan Pendidikan ini memang ada pelbagai versi.
Sekarang ni yang pasti daripada mulut KPM, Timb Menteri.. paling awal ialah dalam Bulan Januari 2012 (temuduga) dan Penempatan (BUlan Mac 2012).
Namun persoalan yang jelas di sini:
1. Berapa ramai yang bakal di panggil untuk temuduga oleh SPP/KPM?
2. Berapa KUOTA yang akan diberikan kepada Graduan ISMP IPT?
3. Apakah Graduan ISMP IPTS turut berpeluang?
Siapakah yang layak menjawab soalan ini? Apakah Graduan ISMP IPTS di anaktirikan dan digantikan dengan GSTT, DPLI, KPLI???
Psstt..
GGIM akan berhimpun di Putrajaya pada 28 hb Dis 2012 jam 9 pagi di Parcel E , KPM , Putrajaya..
satu lagi.. mahukah kalian benarkan graduan pendidikan merempat sebegini... Kejamnya kalian terhadap KAMI...
Keluhan demi keluhan. Sudah pelbagai kaedah serta cara telah dilakukan untuk mendapatkan kebenaran penempatan graduan ke sekolah. Bermula dengan isu GSTT, kemudian dengan isu pembekuan jawatan kerajaan yang kononnya mahu mengurangkan defisit Belanjawan negara seterusnya di teruskan lagi dengan penempatan KPLI yang di dominasi oleh graduan luar negara yang tiada pekerjaan.. Oh TS Muhyiddin, sejauh manakah kebenaran kata-kata mu..
Masa berganti masa, hari-hari masih berlalu, sudah hampir keseluruhan IPTA/s sudah menjalankan konvokesyennya. Namun, dilema demi dilema, keluhan demi keluhan, usaha demi usaha, akhirnya GGIM muncul dengan membawa harapan baru untuk bakal-bakal guru baru yang sinonim dengan Graduan ISMP. Rentetan demi rentetan, gerakan bermula dari surat pembaca di Malaysiakini berkenaan dengan isu penempatan guru, kemudian terhasilnya Keluhan Graduan Pendidikan yang menzahirkan akan keresahan dan kebimbangan Graduan ISMP.
Namun, keluhan hanyalah keluhan. Perjumpaan saya dengan TPM a.k.a Menteri Pelajaran sewaktu kehadiran beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia semasa lawatan pertama ke semua IPTA-IPTA. Beliau telah dilontarkan pelbagai soalan dan ada 3 soalan menyentuh akan isu penempatan guru. Walaubagaimanapun tiada kata putus yang dikeluarkan oleh TPM.
Isu penempatan guru ini kemudian saya lanjutkan kepada Datuk Saifuddin dengan harapan boleh membantu. Namun harapan hanya tinggal harapan, pertemuan yang bakal diadakan diantara pihak GGIM dengan TPM di gantikan dengan pertemuan dengan KPPM (Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia) dengan barisan pegawai beliau yang dihujungnya digambarkan positif tetapi masih lagi menjadi tanda tanya?
Sebulan telah berlalu, pelbagai usaha telah dilakukan, wang semakin banyak digunakan. Kami (GGIM) pergi ke Media Prima iaitu TV3 dengan mencuba nasib untuk membawa isu ini ke dalam isu perdana (Buletin Utama). Perjumpaan dengan seorang wartawan bernama Pn. Salina telah membawa erti yang murni dengan kematangan dan keikhlasan beliau membawa isu ke peringkat atasan dengan berusaha untuk membawa isu ini ke pihak umum. Malangnya 4 kali isu ini cuba dimasukkan ke dalam line up Buletin Utama, tetapi ada arahan dikeluarkan untuk story board ini di tarik balik. Walaubagaimanapun, isu ini terlepas atau nak test isu ini dalam Berita Tv9 pada jam 12 tengah hari. Walaupun agak hampa, namun ada juga terlepas. bolehlah.
Walaupun Media Prima menghalang isu ini di bawa ke TV3, pihak GGIM berusaha untuk menjadikan isu ini sebagai isu Nasional sehinggakan munculnya idea baru iaitu kewujudan GMPM (Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan) selepas mesyuarat Pra Konvensyen MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) Pendidikan IPTA yang berlangsung di UKM yang bertindak membawakan isu-isu ini diperingkat dalam kampus.
Rentetan perjuangan ini tidak terhenti di situ sahaja, Rapat Umum yang dijalankan oleh barisan front UPSI pada awal bulan Oktober telah memberikan impak yang besar di mana telah berjaya mengumpulkan 5000 tanda tangan mahasiswa UPSI dan berjaya menarik bilangan yang hadir sebanyak 1000 orang sehingga mendapat liputan Media seperti Utusan Malaysia, Sinar Harian, Kosmo dan beberapa media lain seperti Tranungkite, Harakah, dan Malaysiakini.
Boleh merujuk video di bawah ini.
Disebabkan liputan media yang meluas akan isu ini, baik media kerajaan dan media pembangkang telah membuka mata masyarakat. Namun ada juga terdapat kritikan-kritikan yang digambarkan sebagai asam garam perjuangan. Liputan media yang bertali arus, telah menarik minat masyarakat dan pemimpin-pemimpin. Diantaranya ialah datangnya dari pemimpin PEMBANGKANG. Namun, dimanakah pemimpin-pemimpin KERAJAAN selain Datuk Saifuddin. Satu persoalan kepada kepimpinan DS Najib Razak.
Tekanan demi tekanan, luahan demi luahan, usaha demi usaha telah dilakukan sehingga melahirkan satu Gerakan baru di UPSI yang dipeloporui oleh front2 UPSI yang diberikan nama sebagai Gerakan Bersatu Mahasiswa (GBM). GBM telah mengadakan satu pertemuan dengan Wee Ka Siong di Parlimen. Namun beliau tidak memberikan kata putus yang memberi jaminan akan penempatan akan dilakukan.
Terkilan dengan respon yang diterima oleh kerajaan disamping dengan kenyataan TS Muhyiddin di Buletin Utama yang digambarkan memperlekehkan kredibiliti dan maruah Graduan ISMP dengan menyatakan "Graduan ISMP yang bukan tajaan, tiada jaminan untuk anda. Carilah kerja lain dahulu.". Kenyaataan digambarkan agak berbaur diskriminasi HAK kepada graduan ISMP. Sudahlah HAK diambil orang, majikan SWASTA menolak graduan ISMP. Baek kerja eksekutif kepada sekolah swasta.
Kesedihan demi kesedihan yang diadukan kepada saya di dalam group facebook GGIM. Antaranya ialah "Saya pergi mintak kerja ke sekolah swasta. Tapi sewaktu temuduga, kami dituduh mahu mengambil peluang oprang lain dengan menggambarkan akan masuk sekolah". Antara yang lain ialah "kami mahu pekerja yang tetap", "kami tidak boleh bayar kamu seperti graduan lain", "kamu ni bakal guru, kenapa tidak beri peluang kepada orang lain.
Apakah makna semua ini? Saya selaku penggerak utama GGIM berasa agak terkilan. Apakah titik peluh kami selama 4 tahun tidak dipandang oleh kerajaan dan swasta? Sudahlah surat PTPTN datang, hutang demi hutang. Kerja pula tiada, kerajaan nak kami jadi BANKRAP ka atau saja nak buat kami merayu , melutut kepada kalian.
Harus di ingat wahai TS Muhyiddin, gerakan GGIM sudah mencapai kemuncaknya. Kerjasama dengan PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) dilihat sebagai medium membawa isu ini ke peringkat yang lebih jauh. Walaupun jumlah kami seramai 5000 lebih, namun kami ini adalah pengundi anda. Jika tiada penempatan, awas.. Undi PROTES akan berlaku, bukan hanya 5000 lebih undi sahaja. Namun ia boleh berubah kepada 200 000 undi protes. Sama ada kami protes atau kami boikot PRU13. Kami tidak mahu mengundi. Sama sahaja.
Mungkin kenyataan di atas ini agak liar dan panas. Namun saya dimaklumkan YB Salahuddin Ayub, orang yang tidak pernah GGIM jumpa. Namun telah membawa isu ini ke PARLIMEN. MEMALUKAN, saya pergi ke kerajaan, namun Pemimpin PEMBANGKANG yang lebih maju ke hadapan. Inikah motto yang dibangga-banggakan "Satu Malaysia:Rakyat di dahulukan, Pencapaian diutamakan"?? pandangan perspektif kami pula, "Kera dihutan disusukan, anak sendiri menangis kelaparan" . Saya minta DS. Najib selaku Perdana Menteri alert akan masalah ini.
Sebagai penutup bicara, graduan ISMP ini sudah mencapai tahap hopeless kepada TS Muhyiddin. Adakah beliau mahu meningkatkan pengangguran yang semakin tinggi dalam golongan anak muda, khususnya graduan-graduan(Sumber : Kementerian Sumber manusia). ? Apakah beliau mahu, graduan ISMP yang bakal menjadi bakal guru terus dipandang enteng? GGIM akan memastikan yang semua graduan akan mendapatkan hak mereka disamping HAK mahasiswa ISMP akan diteruskan untuk mendapatkan jaminan penempatan. Nantikan rentetan daripada saya..
Saya Abdul Rahman Usman, selaku Penyelaras GGIM ingin memaklumkan kepada semua ahli, bahawa GGIM akan bergerak tanpa melibatkan ahli-ahli politik, serta akan bergerak mengikut saluran-saluran yang dianggap saling berkaitan dengan dengan profesion perguruan.
Pihak GGIM menghalang mana-mana graduan ISMP untuk merujuk mana-mana ahli politik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, namun sekiranya ada individu yg berbuat demikian pihak GGIM tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang tindakan terbabit
Pihak GGIM juga tidak akan menghalang mana-mana graduan ISMP untuk membuat sebarang kenyataan media, namun GGIM tidak akan bertanggungjawab atas tindakan terbabit. Kecuali kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa KHAS dan ke atas, sekiranya mendapat kebenaran daripada Penyelaras dan Jawatankuasa Khas.
Sehubungan daripada itu, GGIM mengalu-alukan sebarang cadangan, teguran serta komen membina daripada ahli-ahli GGIM.
Isu POSTING semakin hari, semakin mendapat perhatian dari masa ke semasa. Namun ada juga semakin muak dengan tindakan KPM yang mengabaikan nasib Graduan ISMP IPTA dan IPTS.
Namun pembukaan jawatan Guru MARA sudah di buka seolah olah memberi harapan kepada Graduan ISMP termasuklah dengan graduan tajaan KPM yang sudah putus harapan dengan KPM.
Pada masa yang sama, kemungkinan besar POSTING Guru 2012 akan mengalami sedikit perubahan dari segi prosedur penempatan berbanding biasa. Kalau kaedah asal, graduan perlu isi borang, buat ujian MEDSI (xperlu bagi ada tajaan KPM) serta temuduga dan akhir sekali dapat penempatan. Cara yang baru yang sedang berkumandang ialah penghapusan kaedah Ujian MEDSI dan Temuduga bagi graduan yang masuk pada tahun 2007 dan ke atas. Dalam bahasa mudah, ISI Borang kemudian dalam masa 2- 3 bulan POSTING. Namun harapan tetap harapan, kalau menjadi realiti maka tersenyumlah 7000 Graduan ISMP serta 20 000 mahasiswa ISMP seluruh Malaysia kerana keyakinan itu telah ada.
Cabaran pada masa akan datang, adakah penempatan kali ini akan fokus kepada Sabah dan Sarawak? Isu kedua, berapa lama KPM menyusun penempatan GST selepasa GSTT? Isu ke - 3 ialah bagi graduan ISMP yang sudah berkeluarga adakah mendapat PENGECUALIAN iaitu penempatan dalam Negeri atau Daerah yang sama?
Kalau mahu jawapannya.... Teruskan bersama saya.. Budak Comot.
Hari konvokesyen hari Selasa lalu betul-betul memberikan seribu kebahagiaan kepada diriku, namun hari itu juga merupakan hari terakhir yang ku rasa akan bertemu dengan semua rakan-rakan seperjuanganku semasa berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah.
Namun sahabatku yang juga rakan seperjuangan di bumi UKM, di bawah satu Fakulti Pendidikan. Terima kasih ku ucapkan untuk KENANGAN selama 4 Tahun ini. Maafkanlah daku, hamba yang senantiasa berdosa kepada KALIAN. Halalkanlah yang mana mampu kalian HALALKAN. Ade rezki JODOH, kita akan ketemu lagi. InsyaALLAH.
* Ditujukan khas kepada rakan2 Program Pendidikan KHAS dan semua PROGRAM LAIN sesi 2007-2011.
1. POSTING GRaduan ISMP dijangkakan akan mengalami pembekuan yang panjang, disamping pengambilan 13 000 GSTT dan Penempatan KPLI sudah dibuka serta pembukaan KPLI J-QAF. Mungkin borang POSTING akan dibuka dalam 2015, siapa tahu. Malaysia Boleh.
2. Kerajaan mahu menarik hati KAKITANGAN KERAJAAN yang kebanyakan cenderung untuk UNDI PROTES seperti mana yang berlaku di PUTRAJAYA, SELANGOR dan KUALA LUMPUR serta PERAK.
3. Kerajaan BN mahu di anggap sebagai HERO RAKYAT selepas kejayaan perhimpunan BERSIH 2.0
4. Sebagai satu cara untuk membuatkan MTUC tidak membuat PROTES.
5. Salah satu cara kerajaan BN mahu menutup KES PEMBEKUAN JAWATAN yang hangat dipertikaikan contohnya JAWATAN GURU GST.
6. Petanda GONG Pilhanraya UMUM 13 (PRU 13) sudah dipalu. Kami anak muda hanya MELOPONG menunggu FREEZ become MELT.
Jam 7.30 pagi....
Anuar: Man, Muhyiddin datang kat UKM nie.. Ade mane?
Man: Den ado kat umah, tak tido lagi ni satu malam..
Anuar: Tolong datang UKM, Man..
Man : Nanti den datang....
Man : Adesss, tak tido lagi ni... mata dah nek stim dah nie... Xpelah demi kawan2 semua.... (monolog)
Jam 12;00 pm
TPM telah habis menyampaikan ucapan yang sejam lebih di Dewan KTAMS, UKM, Bangi... Sesi QA berlangsung...
Soalan pertama:
Nama saya ARU, Pelajar Master Pendidikan, merangkap Graduan ISMP, Merangkap wakil 7000 graduan ISMP IPTA ingin menanyakan
Bilakah POSTING Graduan ISMP akan dibuka dan berapa ramai yang akan di ambil... (den lah nanyer)
Jawapan TPM:
Posting akan dibuka setelah penempatan 13 000 GSTT selesai.. Kita akan tengok kekosongan yang ade selepas selesai semua penempatan GSTT...
Pembekuan ini adalah untuk mengurangkan defisit Hutang Negara...
Kita akan cuba percepatkan......
Soalan kedua :Terpaksa dirahsiakan.
Soalan ke 3: (denlah bgi soklan)
Di sini saya mewakili 2000 org graduan ISMP tajaan KPM. Yang ade ikatan bon 5 thun...
1. bolehkah graduan ini melanjutkan pelajaran ke bidang master.
2. Bolehkah kami tukar opsyen pengajian.
3. Bolehkah kami pergi ke swasta.
4. Boleh kah kami menjadi PENSYARAH
Jawapan TPM:
1) Kami galakkan untuk kalian untuk sambung belajar, namun kena minta izin daripada KPM.
2) Tukar opsyen ni kami kena pertimbangkan..
3) Boleh saja, namun kena runding dgn KPM sama ada nak BAYAR BALIK Biasiswa atau macam mana..
4) Itu bagi tajaan KPM susah skit sebab nanti penempatan mereka kat mana2..
Saya akan percepatkan penempatan GST...
Kesimpulan....
BOrang POSTING mungkin tiada dalam masa terdekat... Sebab pembekuan jawatan dilanjutkan sampai bulan Disember 2011.....
Dengor pon dah ganas kan.. namun itulah kemungkinan yang berlaku sekiranga kerajaan mengambil sikap acuh x acuh dengan penempatan untuk Graduan ISMP...
Lupa nak bagi tau yang den ade berbincang dengan Datuk Saifuddin Abdullah berbincang akan isu ni... Beliau berjanji akan lanjutkan dan merancang untuk sesi bersama dengan Tan Sri Muhyiddin. Serta pihak kami xmo berjumpa dengan kedua2 Timbalan Menteri KPM.. Surat dah diberi namun, reply x lagi.. Tu surat dari Ketua Biro Aduan MCA... kalau kita hantar surat agak2 dapat x...
Pada 23 Sept merupkan hari bersejarah, sebab pada hari tu ditakdirkan TPM datang ke UKM. memang kena. 3 soalan berkenaan posting diutarakan, namun dari hasil jawan TPM ialah saya minta percepatkan... dan Borang akan dibuka selepas penempatan 13 000 GSTT dan KPLI selesai.. kemudian barulah borang EGST dibuka...
Di sini den simpulkan bahawa tiada penempatan diumumkan.. pada masa yang sama Group MUKA BUKU, yang baru dibuka iaitu Gabungan Graduan ISMP Malaysia telah ditubuhkan.. Tidak sampai 6 jam, seramai 1500 telah join... Satu Perkembangan Positif..
Pasal undi protes Mahasiswa dan Graduan ISMP IPTA seramai 20 000 orang.... tu renung2kan...
Penat pergi Karnival Kerjaya di PWTC dan Mid Valley Megamall masih lagi ku terasa.. Tengok2 dalam masa dua hari ni ramai jugak yang datang2 usha2 line.. huuhhu...
Hari ni xmo bagi panas line POSTING GST... Sebab den ternampak ade jawatan kosong kat Perbadanan Putrajaya, dari Gred 41 sampailah R1.. atau bahasa muda, bayak jawatan baru yang diperlukan..
KOrang xmo tengok ka... Kalau nak tengok tekan link ni...
Keluhan demi keluhan, graduan Fakulti Pendidikan seluruh IPTA sudah melahirkan keresahan ditahap paling kroni. Ada yang sampai nak pi turun laut nak jadi nelayan, ade yang nak jadi penoreh.. Ade yang lebih "frust" menyesal amik bidang PENDIDIKAN.... Antara keluhan-keluhan graduan Fakulti Pendidikan;
" Lebih baik amik bidang lain, kemudian amik GSTT. Leh gak mengajar."..
" Nyesal aku kawen, tapi xdpat posting lagi"
"Klu macam ni susah nye posting, lebih baik suh mak aku suh kawenkan aku."
Kalau nak tahu lebih lanjut lagi leh lah tengok kat Group " Keluhan Hati Graduan Pendidikan" . Macam-macam keluhan yang kalian boleh tengok bagaimana tekanan kelewatan posting ini menekan para graduan yang ade sebahagiannye ade yg berkahwen, kena tanggung keluarga, ade yang sudah beranak.. Siapa yang nak bantu mereka.. Di harap Kementerian Pelajaran Malaysia alert akan ni..
Jap2x... Dengornya ade bahagian atasan iaitu pentadbiran KPM tengah memantau Group FB ni.. Hati2x.. Sampai admin group ni terpaksa memberi peringatan berkali2 yang ahli2 sedang di pantau.. He5x.. Den ni alu2 kan sahaja.. biar KPM ni sedor akan kepayahan yang tergambar dan dizahirkan melalui penulisan...
Borang Posting E-GST di buka dalam bulan OKTOBER 2011!! YAhooooo.... Gembiranya hati penulis.. Harap kalian senantiasa memantau laman web rasmi KPM, benar atau tidak khabar-khabar angin ni.. Bersama-samalah kita berdoa..
Dalam Marah Ade Sayang, Dalam Sayang Ade Benci, Dalam Benci Ade Rindu, Dalam Rindu Ade Cinta, Dalam Cinta Ade Kasih, Dalam Kasih Ade Tangisan, Dalam Tangisan Ade Hiba, Dalam Hiba Ade Kepiluan Dalam Kepiliuan Ade Kekosongan, Dalam Kekosongan Ade Penyeri, Dalam Penyeri Ade Kepuasan, Dalam Kepuasan Ade Keindahan, Dalam Keindahan Itu Adalah Satu Kurniaan... (Rahman Comot, 2011)