Sunday, 7 October 2012

Mahasiswa MISKIN tidak dibenarkan Mendaftar di UKM ?


Ingin ku kongsikan sebuah kisah yang berlaku ke atas seorang kawanku yang masih bergelar seorang mahasiswa. Terasa sebak dan sedih mendengar cerita beliau yang baru sahaja ku telefon sebentar tadi. Beliau ku gelarkan sebagai Z. Aku dimaklumkan oleh Z yang dia tidak dibenarkan mendaftar dan terpaksa menangguhkan pengajian di Fakulti Pendidikan , UKM  kerana tidak membayar hutang pengajian.

Punca utama beliau tidak dapat membayar yuran pengajian kerana sudah bertukar kursus pada tahun ketiga pengajian. Pada masa yang sama, PTPTN beliau telah habis masa. aka dah kena potong. Beliau cuba merayu ke Unit Bendahari UKM. Namun malangnya, undang2 baru UKM tidak membenarkan pelajarnya yang mempunyai hutang untuk mendaftar. Hampa dan sedehh.. Hanya tinggal 3 unit sahaja lagi. 

Memang benar hutangnya banyak dan mencecah lebih RM 3000. Kenapa tidak diizinkan beliau menamatkan pengajian dengan memberi kebenaran mendaftar 3 kursus terakhir. Lepas itu, saya yakin pasti beliau akan membayar hutang selapas tamat pengajian. Namun... Dasar orang miskin, siapalah nak dengar kan... 

Untuk makluman pembaca, saya dimaklumkan oleh beliau. Beliau sedang menunggu keputusan menangguhkan pengajian dan mengambil keputusan bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di sebuah Institusi di sekitar Bangi dengan harapan melunaskan hutang beliau serta kembali mendaftar. 

Satu perkara yang malang lagi, beliau tidak dapat memohon ZAKAT UKM kerana beliau tidak mendaftar.. Sudah jatuh, ditimpa kren... Dasar si Miskin tidak dapat pembelaan.. Kenapa begitu Zalim dunia ini.. Beliau membahagikan separuh Gajinya yang tidak seberapa demi membayar hutang secepat mungkin. Entah makan atau tidak kawan ku ini..

Jika UKM mengizinkan, sudah tentu cepat beliau menamatkan kursus dan cepat berpeluang untuk menjadi Guru. Apakah ini undang2 rimba.. Yang Kaya bantu.. Yang Kayap... terus merana..

Sedikit biodata beliau:
*Ayah beliau mempunyai penyakit kronik di kampung.
*Terpaksa bekerja part time sbg Pak Guard (sekuriti guard) selepas PTPTN dipotong. Salah satu pembaziran ekonomi.
* Terpaksa membahagikan gaji kepada 4
a; Keperluan Harian
b. Bayar Yuran Pengajian
c. Kirim wang ke kampung untuk tampung duit perubatan ayahnya,
d, Bayar sewa penginapan

Harapan saya..
Diharap pihak UKM tidak mendiskriminasi si Miskin dan membenarkan rakan saya menjadi seorang Guru dan bukannya sebagai seorang sekuriti.





*Dasar si Miskin... Mahu belajar tidak diizinkan.. 


Sunday, 29 July 2012

Di mana Kebajikan Guru Baharu wahai NUTP =?


    Hampir bulan ketiga para Graduan ISMP 2011/2012 bergelar Guru Baharu di sekolah2 di seluruh Malaysia. Ini merupakan satu perkembangan yang baik dan positif kerana apa yang di cita-citakan selama ini menjadi kenyataan dan membuktikan GGIM bukanlah sebuah kumpulan penaja cap ayam. Alhamdulillah..

    Namun dalam masa satu hingga dua bulan ini, pelbagai perkara dan ceritera yang baik dan ada yang menyedihkan hati. Pelbagai isu dan perkara yang dibangkitkan oleh guru-guru baharu ISMPian ini. Walaupun  baru mendapat penempatan, sudah pelbagai isu telah dipanjangkan kepada pihak-pihak yang berkenaan sehingga sampai ke pihak pejabat TPM.

    Selaku penyelaras GGIM, dalam masa dua bulan ini merupakan masa yang penting di mana saya memainkan dua peranan yang sangat penting iaitu sebagai Guru Baharu serta Penyelaras merangkap penasihat Jawatankuasa Bertindak Penempatan ISMP GGIM 2012/12.

    Walaupun GGIM hanya sebuah kumpulan penaja, namun impak yang diberikan oleh GGIM ke atas KPM, KPT, TPM dan JPN serta lain-lain adalah sangat besar berbanding dengan NGO-NGO Guru yang GGIM nampak hanya memihak kepada Guru2 senior sahaja.

     Walaupun NUTP dilihat sebagai paksi bagi guru-guru membuat rujukan, namun ia tidak kepada Guru-guru Baharu yang sering dianaktirikan di sekolah malah tidak dipandang oleh NUTP kerana mungkin kami ini  masih mentah agaknya.

    Bagi GGIM, guru baharu merupakan pelapis bagi guru lama yang mana peranannya mendidik dan menyampaikan ilmu yang bercorak baru dan up to date dan tidak harus di pandang enteng dan remeh. Tidak semestinya yang lama itu hebat dan yang baru itu tidak berkualiti.

    Pada masa yang sama, saya mewakili GGIM ingin mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa bertindak GGIM 2012 di bawah naungan Saudara Rafie yang di lihat komited.

   Akhir kalam, selamat menjalani ibdah puasa di bulan Ramadhan. Semoga POSTING akan ada untuk ISMPian..

"Profesionalisme Pemangkin Integriti"


Yang melaksanakan amanah.

ABDUL RAHMAN USMAN
Penyelaras GGIM

Twitter: @GGIMalaysia , @RahmanComot


Monday, 2 July 2012

Laporan Pertemuan GGIM-Pegawai Khas TPM

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahuma Solli A'la Saidina Muhammad



Laporan Penuh: (30 Jun 2012: NZ Garden , Jalan Ampang)
Kehadiran
Dari Pejabat TPM:
1. Dr Marzuki (Pegawai Khas TPM)
2. Datuk Ainon (S/U Media TPM)

Dari GGIM
Abdul Rahman Usman (Penyelaras GGIM)
Wan Ahmad Fathi (Timb. Penyelaras GGIM)
Samuel (Wakil Mantan MPP UPSI)

Isu:
1.Isu Guru yang berkeluarga di tempatkan jauh dari pasangan.

Jawapan:
Isu ini merupakan isu yg lama. Penempatan bergantung kepada kekosongan yang ada. Mendapat perhatian daripada Dr. Marzuki dan akan dipanjangkan.

2. Kelewatan Tawaran

Jawapan: Mendapat respon positif dan akan diambil berat.

3. Mengajar bukan opsyen.

Jawapan: Guru harus mengambil ini sebagai cabaran. Kemungkinan memang ada lebihan opsyen dalam sesebuah sekolah.

4. Menyediakan waran untuk Guru Baharu utk balik mengundi.
Jawapan: Tidak dapat disediakan.

5. Isu Penempatan Guru Baharu DG41
Jawapan: Perlu mengambil masa, kerana ISMPian baru ditempatkan. TPM telah mendengar rintihan ISMPian yang baru tamat pengajian. Pihak KPM dan TPM sedang berusaha mencari jalan TERBAIK utk selesaikan isu ini. Isu ini juga telah dibuat kertas kerja pada persidangan MPPK di PICC pada hari ini (2 Julai 2012). Penjawatan memang tiada buat masa ini oleh JPA.

ISMP IPTS tidak diberikan keutamaan untuk penempatan sbg Guru DG 41 kerana tiada MOU dengan IPTS.

Wakil Pejabat TPM meminta Graduan bersabar kerana penyelesaian ini memerlukan masa bagi menyelesaikan semua ini. Pada masa yang sama memaklumkan, penmpatan Graduan Maktab PISMP seramai 3000 orang perlu di ambil kira.

Salah satu punca tiada penempatan ialah lanjutan umur bersara wajib dari 55 tahun ke 58 tahun dan ke 60 tahun pada awal tahun 2012.



Respon  GGIM: Perlu persidangan meja bulat di antara kementerian terlibat dan meminta satu WARAN tambahan untuk membuat penjawatan baru kepada JPA berdasarkan MOU KPM-KPT.

Mohon menyediakan satu penyelesaian sementara untuk menyelesaikan PENGANGGURAN Graduan ISMP seperti mewujudkan Jawatan Guru Interim atau Guru Ganti sekolah. Ini dilihat sebgai satu cara bagi Graduan mendapat pengalaman sebelum ditempatkan.

GGIM memohon agar wakil TPM memaklumkan yang Graduan ISMP ditolak mentah2 oleh sektor swasta walaupun meminta kerja di Kilang Proton, Kedai buku n etc.

GGIM secara tegas menyatakan, siapa yang mahu bertanggungjawab masalah ini?

GGIM dengan ini memaklumkan yang pihak GGIM tidak mampu mengawal semua ISMPian. Kebanyakan mereka dalam keadaan resah dan takut untuk ditempatkan.

GGIM ingin memaklumkan majoriti ISMPian adalah dalam kalangan keluarga yang sederhana (bawah) dan kebanyakan tinggal di kampung dan kebanyakan keluarga mereka berharap mereka akan mendapat pekerjaan untuk membantu keluarga.

6. Sewa Penginapan tinggi oleh Guru Baharu yang ditempatkan di Felda (Sabah)

Jawapan: Tindakan segera akan diambil.

7. Mempertimbangkan pertukaran sekolah utk guru bermasalah kesihatan dan keluarga.
Jawapan: Boleh memohon dan membuat rayuan kepada KPM.

8. Ratio 1 : Guru : 3 Kelas dan x ketahui 1 Kelas: Berapa Murid.
Jawapan: Ratio semasa ialah 1guru :5 murid dan 1guru :7murid

Respon GGIM: Mohon pertimbangkan masalah ini dan dipanjangkan.


Cadangan kepada TS Muhyiddin

1. Buat web forum KPM , sama seperti PTPTN
Jawapan: Respon Positif. akan dipanjangkan .

2. Isu Guru Kader
Jawapan: respon Positif dan akan dipanjangkan

3. Kursus PBS untuk Guru2 Baharu.
Jawapan: Sudah ada pada awal tahun 2012. Akan dipanjangkan dan respon positif.

4. Garis panduan untuk sistem Gaji Guru Baharu kepada KERANI (N17).
Jawapan: Sudah ada pekeliling. Respon Positif dan akan dipanjangkan.

5. Isu Gaji Interim
Jawapan: Respon positif dan akan dipanjangkan.

Lain2:
Surat sokongan 63 ISMPian kepada TPM sudah dipanjangkan.

Kesimpulan:
1. Pihak GGIM ingin memaklumkan agar pihak KPM dan Pejabat TPM tidak mudah melabel Guru Baharu dan Graduan ISMP sebagai pembangkang atas alasan mereka lantang menyuarakan pandangan dan mengkritik pemimpin secara terbuka. Kritikan ini merupakan kritikan membina dan menunjukkan yang Guru Baharu dan ISMPian sayang kepada NEGARA MALAYSIA serta dengan jelas nak menzahirkan diri yang kami ini RAKYAT MALAYSIA berhak untuk masa depan negara dan bangsa untuk menjadikan Negara Malaysia ini maju dan lebih matang dari segala aspek termasuklah untuk melahirkan MASYARAKAT kelas PERTAMA selaras dengan WAWASAN 2020 oleh Tun Dr Mahathir.

2. Pihak GGIM berharap akan ada satu BAJET KHAS untuk penempatan Guru baharu DG41 untuk Graduan ISMP dan PISMP tanpa sebarang DISKRIMINASI setiap kali Bajet negara yang di sediakan oleh Menteri Kewangan yang di pegang oleh YAB Perdana Menteri. Ini bagi mengelakkan masalah masalah pengangguran dalam kalangan Graduan Pendidikan di Bumi Malaysia yang kami SAYANGI.


"Profesionalisme Pemangkin Integriti"


Yang benar dan bertanggungjawab,

ABDUL RAHMAN USMAN
Penyelaras
Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM)
(2 Julai 2012 :3.52pm)

Thursday, 28 June 2012

Gaji Guru Interim = Bulan Julai?? Awal ke hujung??

Setelah isu Gaji guru interim telah di forwardkan kepada Timb Menteri KPM, Dr Wee. Saya dapat gambarkan betapa panasnya JPN WPKL apabila Dr Wee telefon Pengarah JPNWPKL pada hari ISnin lepas. 

Pada masa ini baru saya dapat lihat betapa cepatnya mereka buat kerja. Isu gaji merupakan perkara sensitif dan ia merupakan satu bentuk motivasi dalam meneruskan kerja dan kehidupan. 

Pihak saya berharap agar isu ini tidak berulang pada masa yang akan datang. 

Balasan emel yang saya terima. 
from 

Tuan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.


2.            Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah membuat semakan dengan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dimaklumkan bahawa Kew. 8 telah disediakan . Gaji dan pelarasan 13% tuan akan dibuat pada Julai 2012.

3.            Perhatian dan kerjasama tuan di dalam hal ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


Mohammad Firdaus Norrzuan
Penolong Setiausaha
Unit Pemantauan dan Penilaian
Cawangan Dasar dan Perancangan Sumber Manusia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 13, Blok E12, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, Malaysia
 ' :  + 603 - 8884 7056       6 : + 603 - 8884 7859      8 mfirdaus.norrzuan@moe.gov.my

Respon Dr Wee berkenaan Isu Gaji Guru Interim.

@GGIMalaysia saya dah dpt maklumbalas pegawai BPSM mengenai dakwaan gaji guru interim tidak dibayar. Dasar KPM ialah guru interim mesti dibayar gaji sebelum dilantik secara tetap sbg guru gred DG41. Mana-mana JPN atau PPD tak bayar, sila mengadu dgn KPM dan KPM pasti akan mengambil tindakan

A Tweet by @weekasiongmp
2012-06-25


* Benda ini tidak pernah berlaku secara nyata. Masih tidak mendapat gaji lagi..

TERGEMPAR!!!! Guru Interim Tidak dibayar Gaji ?


Guru Interim merupakan guru yang dilantik dari bulan Jan -Mei 2012. Perlantikan Guru Interim digambarkan untuk memberi peluang kepada Graduan ISMP IPTA yang baru konvokesyen sementara menanti Penempatan di buat oleh pihak SPP dan KPM di seluruh Malaysia.
Namun pada masa yang sama, setelah tamat berkhidmat, isu tunggakan gaji guru interim yang majoriti belum mendapat tunggakan gaji April- Mei dan tunggakan 13%. Ada lebih menyedihkan ada yang tidak mendapat gaji dari seawal bulan Februari sehingga Mei 2012 apatah lagi tunggakan 13%. 
Masalah ini bukan melibat sebuah negeri sahaja, tetapi di WP KL, Selangor, Kedah, Perak, Johor, Sarawak, Negeri Sembilan dan ada juga sebahagian di Sabah belum mendapat tunggakan 13%.  Adalah amat menyedihkan jika ada guru interim yang sudah di serap menjadi Guru Tetap DG41 dan berkhidmat di luar wilayah tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan yang tinggi khususnya di bandar-bandar dan kawasan pedalaman yang sudah pasti melibatkan kos yg tinggi.
 Sehubungan dengan itu, pihak Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM) mengambil tanggungjawab ini untuk mengetengahkan isu ini setelah menerima rintihan dan aduan ini berterusan.  

Kami Sudah Posting ke Sekolah: 23 Mei 2012


Alhamdulillah, perjuangan demi perjuangan telah membuahkan hasil. Pertemuan GGIM- Dr wee Ka SIong - KPM telah menunjukkan hasil yang membuahkan hasil yang menakjubkan.

Tepat tanggal 30 April 2012: Kenyataan Posting oleh TS Muhyiddin telah menzahirkan POSTING ISMPian sesi 2011/2012.

Tarikh 23 Mei 2012- merupakan sejarah yang sangat menakjubkan.. apabila diumumkan 4985 telah ditempatkan.